Bagi setiap
penyakit ada ubatnya kecuali mati. Bagaimana kita tahu bahawa penyakit itu ada
ubatnya kerana biasa kita mendengar penyakit pelik-pelik seperti AIDS, barah, liwat,
badan berkerutu dan sebagainya yang sukar diubati?
Setiap
penyakit ada ubatnya. Penyakit dan ubat pula adalah bersifat umum. Ia meliputi
segala macam penyakit dan segala macam ubat termasuklah penyakit-penyakit yang
mungkin sukar disembuhkan oleh doktor pakar. Bagi penyakit yang dikenali umum amatlah
mudah mendapatkan ubatnya. Allah s.w.t. telah menyediakan bermacam-macam ubat
bagi penyakit yang sukar dijangkau oleh akal manusia kerana memang manusia
tidak diberikan kemampuan untuk perkara tersebut. Yang penting, manusia perlu
berikhtiar, membuat uji kaji dan pemerhatian bagi mendapatkan pengubatan
penyakit yang tersembunyi disebabkan pemakanan dan persekitaran yang pelbagai
ragam.
Bagi yang
melanggar tabie kemanusiaan antaranya seperti liwat, pembunuh, bughah, penzina,
virus pembunuh berjangkit, bersetubuh dengan binatang, semua itu mudah sahaja
ubatnya iaitu hukum mati setelah disabitkan oleh hakim.
Apakah
sesuatu penyakit atau perubatan itu
merupakan takdir Allah, dan takdir Allah tidak boleh ditolak? Umpamanya, kita
biarkan takdir Allah menyembelih diri kita. Bolehkah begitu?
Tidak ada
sesuatu pun yang keluar dari takdir Allah tetapi yang dilakukan adalah menolak
takdir dengan takdir. Tiada jalan keluar dari takdir Allah melainkan dengan
takdir Allah jua. Perubatan yang dilakukan adalah kerana takdir Allah.
Sebagai contoh:
1. Kita menolak takdir lapar dan dahaga
dengan melakukan takdir makan dan
minum.
2. Kita menolak takdir perompak/penjenayah
dengan takdir menghalangnya.
3. Kita menentang takdir musuh dengan takdir
melawannya.
4. Kita menghukum takdir liwat-perlakuan
luar tabie manusia dengan takdir
hukuman mati.
Semua contoh
takdir di atas adalah takdir Allah. Sama ada kita menolak, yang ditolak atau
pekerjaan menolak itu adalah takdir Allah.
Dari
Abdurrahman bin Abi Laila, dari Abi Dardaa’, ia berkata:
“Aku
berkata:
“Ya
Rasulullah, sungguh aku diberi kesihatan lalu aku bersyukur lebih kusukai
daripada aku diberi bala (cubaan) lalu aku bersabar.”
Rasulullah
s.a.w. menjawab:
“Dan Rasulullah
(juga) menyukai engkau berada dalam kesihatan.”
No comments:
Post a Comment